Friday, April 24, 2009

ASAL USUL SUFISM


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.Orang yang pertama dinamakan SufiAda tertulis di dalam kitab “Kashfuz Zunun” orang yang mula-mula dinamakan Sufi ialah Abu Hasyim As-Sufi yang telah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah.Peranan sufiyyah dalam menyebarkan agama IslamPeranan sufiyyah dalam syariat IslamOrang-orang sufi bukanlah seperti yang disangkakan oleh pengkritik dan penentang mereka. Mereka bukan hanya tahu menumpukan sepenuh masa dengan ibadah kepada Allah ataupun mengasingkan diri mereka daripada manusia, bahkan orang-orang sufi bergiat cergas dalam keseluruhan aspek syariat Islam yang terdiri daripada ibadah I’tiqad (pegangan tauhid), ibadah dalam akhlak, ibadah dalam ibadat, ibadah dalam mua’malat, ibadah dalam munakahat (nikah kahwin), ibadah dalam mua’syarat (pergaulan) dan ibadah dalam jinayat (hukum qisas dan hudud). Mereka melaksanakan seluruh aspek syariat Islam ini dengan jaya.Sumbangan Sufiyyah dalam menyebarkan agama IslamDalam catatan sejarah perkembangan Islam dan dakwah Islamiah di seluruh dunia , orang-orang sufi juga telah memberi sumbangan yang cukup besar dalam menyebar dan mengembangkan agama Allah. Sumbangan ini ada yang berbentuk karya penulisan yang boleh kita dapat lihat sehingga ke hari ini, iaitu contohnya Imam Al-Ghazali dengan hasil karyanya dan Sheikh Abdul Qoder Al-Jilani dengan hasil karyanya dan Imam Ibnu Arabi dengan karyanya. Ramai lagi penulis-penulis sufi yang terdiri daripada ulama-ulama besar yang ternama dan masyhur.Kepelbagaian sumbangan SufiyyahAda antara orang-orang sufi ini yang memberi sumbangan mereka dalam bentuk puisi contohnya seperti Al-Imam Jalaluddin Al-Rumi, Sa’di dan ramai lagi. Ada antara mereka yang memegang tampuk pemerintahan negara seperti Sultan Murad dan anaknya Sultan Muhammad Al-Fateh dan ada antara mereka yang menjadi panglima di medan peperangan seperti Sheikh Omar Mukhtar dan Sheikh Abdul Qoder Al-Jazair. Pendek kata segala tuntutan fardhu kifayah telah dilaksanakan oleh orang-orang sufi. Dalam catatan sejarah juga ada disebutkan, iaitu tersebarnya agama Islam bermula daripada Empayar Turki hingga ke Balkan dan Benua Afrika, adalah hasil kerja keras orang-orang sufi.Sumbangan Sufiyyah di Asia TenggaraDi Nusantara, perkembangan dakwah Islamiah kita juga tidak kurang hebatnya. Perkembangan dakwah Islamiah ini dipelopori oleh orang-orang sufi yang bergiat cergas menyebarkan agama Islam seperti Wali Sembilan ataupun Wali Songo di Indonesia, Sheikh Abdul Malik, iaitu penterjemah kitab Al-Hikam yang juga terkenal dengan panggilan Tok Pulau Manis di Malaysia, Sheikh Habib Noh di Singapura dan ramai lagi tokoh-tokoh sufi yang bergiat cergas dalam mengembang dan menyebarkan agama Islam yang suci ini ke seluruh alam sejagat .Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Thursday, April 23, 2009

Apakah itu 'ISLAM'

Apa Itu ISLAM
1. Dari Segi Bahasa
Islam berasal dari ASLAMA YUSLIMU ISLAMAN Artinya :
- Ketaatan dan kepatuhan
- Kedamaian dan keamanan
- Melepaskan diri dari penyakit lahir dan batin
Penjelasannya:
a) Ketaatan dan kepatuhan
Salah satu arti Islam adalah ketaatan dan kepatuhan. Kaitan arti Islam ini adalah dalam berhubungan dengan Alloh (hablum minalloh). Jadi yang dimaksud dengan ketaatan dan kepatuhan di sini adalah ketaatan dan kepatuhan kepada Alloh. Wujud dari ketaatan dan kepatuhan kepada Alloh adalah menuruti segala perintah Alloh dan menjauhi segala larangan Alloh.
b) Kedamaian dan keamanan
Salah satu arti Islam adalah kedamaian dan keamanan. Kaitan arti Islam ini adalah dalam berhubungan sesamam manusia dan lingkungan hidup. Jadi Islam turun untuk mendatangkan kedamaian dan keamanan bagi manusia dan lingkungan hidup. Prilaku-prilaku islami adalah prilaku-prilaku yang mendatangkan kedamaian dan keamanan bagi manusia dan lingkungan hidup.
c) Melepaskan diri dari penyakit lahir dan batin
Kaitan arti Islam ini adalah dalam berhubungan dengan diri sendiri. jadi yang dimaksud dengan melepaskan diri dari penyakit lahir dan batin adalah melepaskan diri dari penyakit lahir dan batin manusia itu sendiri.
Penyakit lahir yaitu perbuatan-perbuatan lahir yang tidak baik (dosa) yang biasa dilakukan.
Penyakit batin yaitu penyakit hati atau sikap dan perbuatan hati yang tidak baik (dosa).
Islam menuntut pada manusia agar selalu melepaskan diri dari penyakit lahir dan batin.
Dari ketiga arti tersebut, kehadiran Islam di dunia ini yang inti adalah untuk menjadikan manusia bersih lahir dan batinnya, hanya menyembah Alloh dan prilaku hidupnya mendatangkan kedamaian dan keamanan bagi sesama manusia dan lingkungan hidupnya.
2. Dari Segi Istilah
Islam adalah agama samawi (langit) yang diturunkan oleh Alloh SWT melalui utusan-Nya, Muhammad SAW, yang ajaran-ajarannya trdapat dalam kitab suci Al Qur'an dan sunnah dalam bentuk perintah-perintah, larangan-larangan dan petunjuk-petunjuk untuk kebaikan manusia, baik di dunia maupun di akhirat.
Penjelasannya:
- Agama Islam adalah agama yang berasal dari Alloh yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan disampaikan kepada umat manusia.
- Ajaran-ajaran agama Islam terdapat dalam Al Qur'an dan Al Hadits.
- Isi dari ajaran-ajaran Islam merupakan petunjuk untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat.
- Jadi Allah menurunkan agama Islam adalah untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat. Dengan demikian agama Islam adalah agama yang mendatangkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Wednesday, April 22, 2009

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Keberkatan surah al-ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s. Nota Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. …Wallahu a'lam

Tuesday, April 21, 2009

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Samada kesalahan kecil atau besar, kesalahan yg dianggap berdosa atau tidak berdosa. Malah dikalangan Nabi pun pernah melakukan kesalahan disisi Tuhan. Nabi Adam a.s. makan buah zaqqum, Nabi Yunus a.s. meninggalkan kaum, Nabi Ibrahim a.s. bertindak sebelum wahyu turun, Nabi Zakaria a.s. meminta bantuan dari pokok untuk bersembunyi, Nabi Muhammad s.a.w. memalingkan muka dari Abdullah ibnu Maktum (orang buta) dan lain-lain. Walaubagaimanapun kesalahan yg dibuat oleh para Nabi dan Rasul ini adalah satu pengajaran kepada manusia agar mengaku salah dan bertaubat setelah sedar melakukan kesalahan.
Dalam Kitab "Hikam" oleh Ibnu Athaillah AsSakandari kalam bait ke 106 -107 menyebut:
Maksiat membuka pintu rendah diri dan rasa perlukan Rahmat Tuhan lebih baik dari taat yg membangkitkan ujub (hairan diri) dan takabbur (besar diri).
Mengapa kita rasa malu dan takut untuk mengaku kesilapan dan kesalahan yg telah kita lakukan? Sedangkan pengakuan yg jujur itu dapat membantu mendekatkan diri kepada Tuhan. Semakin tinggi kedudukan seseorang dimata masyarakat, sebenarnya semakin sukar untuknya mengaku kesalahan yg dilakukan contohnya kesalahan yg dilakukan oleh pengerusi masjid, ketua kampung, ustaz yg popular, menteri dan para pemimpin dunia. Mungkin mereka anggap ketaatan yg mereka lakukan telah diterima oleh Tuhan lalu rasa mulia disisi Tuhan.
Ingatlah, Iblis dilaknat kerana tidak mahu mengaku salah (tidak sujud kepada Nabi Adam a.s.). Sama-samalah kita merendahkan diri mengaku salah dan bertaubat dari dosa zahir dan dosa batin (hairan diri berbuat taat tanpa buat dosa).
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.