Wednesday, February 26, 2014

TAZKIRAH PAGI.27.02.14_KITAB RAHSIA

Bismillah Hirrohman Nir Rohim. ~ Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah. ~Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah. ~Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah. ~Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah. Soalan- Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita?? Jawab: ~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita. ~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita. ~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita. ~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:- ~Tubuh itu kenyataan Af’al Allah. ~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah. ~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah. ~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah. Soalan- Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa? Jawab:- ~Adapun kejadian syariat itu daripada air. ~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin. ~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah ) ~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api. Soal- Syariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air hujan,laut,telaga atau lain2 lagi? Jawab:- Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut itu,sebenarnya ialah Nur Muhammad. Soal- Tarikat itu kejadian daripada angin,adakah angin bertiup-tiup atau angin utara,selatan,timur,barat atau sebagainya?? Jawab:- Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut diatas itu,Sebenarnya ialah Nafas Muhammad. Soal- Hakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit,kuning Pasir dan lain lain lagi? Jawab:- Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah Tubuh Muhammad. Soal- Makrifat itu kejadiaan daripada terang api,adakah seperti matahari,bulan,api biasa atau lampu atau api elektrik? Jawab:- Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut,Sebenarnya ialah darah Muhammad. ~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu tanah,air,api &angin,maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air,asal air angin,asal angin api,dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah. Adapun diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:- ~Bermula tanah itu menjadi daging pada kita. ~Air itu menjadi tulang pada kita. ~Angin itu menjadi urat pada kita. ~Api itu menjadi darah pada kita. Maka masing2 ini kerjanya didalam sembahyang. Soal- Tanah,air,api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang? Jawab:- ~Adapun Af’al api itu berdiri didalam sembahyang. ~Adapun af’al angin itu rukuk didalam sembahyang. ~Adapun af’al air itu sujud didalam sembahyang. ~Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang. Maka keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir. Adapun nyawa jasmani itu rohani,maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad hakikat,kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat2 anasir itu,hanya semata2 tubuh Muhammad itu rohani. Soal- Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita? Jawab:- Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama rohani itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh Muhammad,maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu diharamkan atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang 5 waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya. Sabda Nabi SAW Barang siapa keluar masuk nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir Allah,maka sia sialah ia. Bermula nafas itu atas 2 langkah-satu naik-kedua turun,maka tatlaka naik itu sampai kepada tujuh petala langit maka berkata ( Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah ) Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji Allah,tatkala masuk nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk nafas namanya puji AH-AH,dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam,maka ingatlah olehmu akan memelihara nafas itu,dengan menghadirkan makna ini sentiasa,didalam berdiri,duduk dan diatas barang yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian badan dan limpahlah segala anggotanya,maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah anggota hidup didalam 2 negeri yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya pintu selamat sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala mereka itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan Allah Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam kubur,maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau daripada orang yang lupa.Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu,dengan bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu. Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada malam 12000,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam 12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya. Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala dosanya yang 24 jam,inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan yang dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir. Sabda Nabi SAW ( Ana min Nurrullah wal alami Nurri ) Ertinya- Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku, sebab itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya- Bapa sekelian tubuh. AMIN.WASSALAM