Wednesday, February 26, 2014

TAZKIRAH PAGI.27.02.14_KITAB RAHSIA

Bismillah Hirrohman Nir Rohim. ~ Adapun syariat itu kenyataan Af’al Allah. ~Adapun Thariqah itu kenyataan Asma’ Allah. ~Adapun Hakikat itu kenyataan Sifat Allah. ~Adapun Makrifat itu kenyataan Zat Allah. Soalan- Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu dimana tempat pada diri kita?? Jawab: ~Adapun syariat itu nyata pada tubuh kita. ~Adapun tarikat itu nyata pada hati kita. ~Adapun hakikat itu nyata pada nyawa kita. ~Adapun makrifat itu nyata pada rahsia kita dan bahawasanya:- ~Tubuh itu kenyataan Af’al Allah. ~Hati itu jadi kenyataan Asma Allah. ~Nyawa itu jadi kenyataan Sifat Allah. ~Rahsia itu jadi kenyataan Zat Allah. Soalan- Syariat,tarikat,hakikat dan makrifat itu kejadian daripada apa? Jawab:- ~Adapun kejadian syariat itu daripada air. ~Adapun kejadian tarikat itu daripada angin. ~Adapun kejadian hakikat itu daripada bumi ( Tanah ) ~Adapun kejadian Makrifat itu kejadian daripada terang api. Soal- Syariat itu kejadian daripada air,adakah air sungai,air hujan,laut,telaga atau lain2 lagi? Jawab:- Adapun yang dikatakan syariat itu daripada air bukan seperti air yang tersebut itu,sebenarnya ialah Nur Muhammad. Soal- Tarikat itu kejadian daripada angin,adakah angin bertiup-tiup atau angin utara,selatan,timur,barat atau sebagainya?? Jawab:- Adapun Tarikat itu dikatakan daripada angin tidak sebagaimana angin yang tersebut diatas itu,Sebenarnya ialah Nafas Muhammad. Soal- Hakikat itu kejadian daripada tanah. Adakah tanah seperti tanah liat,tanah bukit,kuning Pasir dan lain lain lagi? Jawab:- Adapun hakikat itu dikatakan tanah,bukan seperti tanah yang tersebut,sebenarnya ialah Tubuh Muhammad. Soal- Makrifat itu kejadiaan daripada terang api,adakah seperti matahari,bulan,api biasa atau lampu atau api elektrik? Jawab:- Sebenarnya bukan seperti api yang tersebut,Sebenarnya ialah darah Muhammad. ~Adapun kejadian diri kita yang zahir ialah asalnya 4 anasir iaitu tanah,air,api &angin,maka keempat2 itu asalnya 1 jua iaitu asal tanah air,asal air angin,asal angin api,dan asal api itu ialah Nur Muhammad dan Nur Muhammad itu pula Nur Allah. Adapun diri yang zahir itu kepada kita seperti berikut dibawah ini:- ~Bermula tanah itu menjadi daging pada kita. ~Air itu menjadi tulang pada kita. ~Angin itu menjadi urat pada kita. ~Api itu menjadi darah pada kita. Maka masing2 ini kerjanya didalam sembahyang. Soal- Tanah,air,api dan angin itu apa kerjanya di dalam sembahyang? Jawab:- ~Adapun Af’al api itu berdiri didalam sembahyang. ~Adapun af’al angin itu rukuk didalam sembahyang. ~Adapun af’al air itu sujud didalam sembahyang. ~Adapun tanah itu duduk di dalam sembahyang. Maka keempat2 itu dinamakan dia jasmani ertinya tubuh yang zahir. Adapun nyawa jasmani itu rohani,maka yang bernama rohani itu tubuh Muahammad hakikat,kerana tubuh Muhammad itu tiada bercampur dengan keempat2 anasir itu,hanya semata2 tubuh Muhammad itu rohani. Soal- Apa nama tubuh kita apa nama nyawa kita? Jawab:- Adapun tubuh kita bernama jasmani dan nyawa kita bernama rohani, maka yang bernama rohani itu lah tubuh Muhammad, sebab itulah kita beroleh bangsa daripada tubuh Muhammad,maka tiap2 sesuatu yang dibangsakan dengan tubuh Muhammad itu diharamkan atas api neraka,dan sebab itulah maka tiada boleh meninggalkan sembahyang 5 waktu,nescaya putuslah bangsa itu melainkan sebangsa dengan binatang jua adanya. Sabda Nabi SAW Barang siapa keluar masuk nafasnya dengan tiap2 keluar masuk dengan tiada zikir Allah,maka sia sialah ia. Bermula nafas itu atas 2 langkah-satu naik-kedua turun,maka tatlaka naik itu sampai kepada tujuh petala langit maka berkata ( Wan Nu rul yajri ilal ardhi pakhola Huwallah ) Dan tatkala turun sampai kepada tujuh petala bumi maka nafas nabi itu puji Allah,tatkala masuk nafas itu namanya puji HU. Tatkala ia berhenti seketika antara keluar dan masuk nafas namanya puji AH-AH,dan ia tidur atau mati nafas HAKH dalam,maka ingatlah olehmu akan memelihara nafas itu,dengan menghadirkan makna ini sentiasa,didalam berdiri,duduk dan diatas barang yang diperbuat hingga memberi bekas pada sekelian badan dan limpahlah segala anggotanya,maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah anggota hidup didalam 2 negeri yakni dunia dan akhirat dan bahagiakan Allah baginya pintu selamat sejahteralah ia didalam dunia dan akhirat dianugerahkan Allah Taala mereka itu sampai kepada martabat segala nabi dan segala muslimin dan mengharamkan Allah Taala tubuh nya dimakan api neraka dan badan pun tidak dimakan tanah didalam kubur,maka engkau tetaplah dengan hati wahai saudaraku pada hal jangan engkau daripada orang yang lupa.Mudah mudahan dibahagikan Allah Taala atasmu,dengan bersedapan hingga sampai kepada ajal kamu. Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 dan pada malam 12000,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam 12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya. Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala dosanya yang 24 jam,inilah persembahan kita kepada tuhan kita yang tiada berkeputusan yang dinamai sembahyang Daim dan Puasa itu melakukan nafsu batin dan zahir. Sabda Nabi SAW ( Ana min Nurrullah wal alami Nurri ) Ertinya- Aku daripada Allah dan sekelian alam daripada aku, sebab itulah dikatakan ( Ahmadun Nuril Arwah ) ertinya-Muhammad itu ibubapa sekelian arwah dan dikatakan (Adam Abu Basar ) ertinya- Bapa sekelian tubuh. AMIN.WASSALAM

Thursday, April 8, 2010

Pewaris Nabi

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.



Ramai manusia suka menziarahi maqam para Nabi dan Rasul apabila pergi ke Tanah Arab samada Arab Saudi, Mesir, Syria dll. Hati rasa sayu bila terkenang sejarah mereka berdakwah mengajak manusia kepada Allah Ta'ala. Lebih sedih jika teringat mereka ditentang oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari golongan munafik, fasiq dan kafir. Terdetik juga sesetengah manusia "Bukankah untung jika aku dilahirkah dizaman para Nabi dan Rasul lalu dapat aku membantu mereka menegakkan Agama Tuhan dimuka bumi dicelah-celah kekufuran dan kesesatan manusia".


Sebenarnya kita masih belum terlambat untuk hidup bersama kekasih Allah. Zaman Nubuwwah telah berakhir. Kita tidak dapat hidup, berjuang bersama mereka. Tetapi Zaman Wilayah sedang berlaku. Zaman Para kekasih Allah dikalangan Wali Allah sedang bergerak berjuang menyebarkan dakwah mengajak manusia mendekati Tuhan. Para Wali Allah yang ada tugas biasanya ada mengisytiharkan kewaliannya sepertimana para Rasul mengisytiharkan kerasulan mereka. Cuma kita sahaja yang buta dalam terang. Masih terumbang-ambing dihasut oleh golongan munafik, fasiq dan kafir meragui ulama'-ulama' Ahlullah dan yang penting sebenarnya ialah hati kita masih kotor dan belum dibersihkan. Sebab itulah kita tidak mencari kekasih Allah yang hidup dizaman kita.


Masa berlalu pantas. Kelak kita akan terpinga-pinga apabila diberitahu ada Wali Allah yg baru sahaja meninggal dunia di sekitar tempat tinggal kita. Hati kita tidak seperti magnet yg cekap menangkap isyarat / signal Ahlullah. Tidak seperti Uwais al-Qarni yg cekap mengesan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. walau dia berada beratus kilometer dari Madinah.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Monday, March 15, 2010

Khulafa' Al Rasyidin

BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW, perjuangan Rasulullah SAW
diteruskan oleh khulafâ’ al-râsyidîn, yaitu Abu Bakar al-Shiddîq RA, Umar bin KhattabRA, Utsman bin Affan RA, dan Ali bin Abi Thalib RA.
Alasan disebut dengan khulafâ’ al-râsyidîn adalah kerana kata khulâfâ’
berasal dari khalîfah yang bererti pengganti. Sedangkan râsyidin adalah yang
mendapatkan petunjuk. Jadi khulafâ’ al-râsyidîn adalah khalifah-kahlifah (penggantipengganti) Rasulullah SAW yang bererti mendapat bimbingan yang benar, kerana mereka melakasanakan tugas sebagai pengganti Rasulullah SAW menjadi ketua@pemimpin Negara Madinah dan sebagai pembantu rakyat dan wakil pelaksana mereka dalam mengelola negara.

Dalam meneruskan perjuanggan Rasulullah SAW, khulafâ’ al-râsyidîn telah
melakukan banyak sekali kebijaksanaan untuk membangkitkan@membangunkan perjuangan Islam. Salah satunya adalah KEADILAN. Ini KERANA keadilan adalah sangat penting bagi pembangunan umat Islam itu sendiri, melihat Nabi yang mendapatkan wahyu dari Allah SWT sudah tidak ada lagi. Maka dari itu, konsep keadilan khulafâ’ al-râsyidîn sangatlah penting dalam sejarah pembentukan ‘Keadilan Islam’.

B. Batasan Masalah
Berdasarkan latar belakang tersebut, fokus masalah yang akan dibahas adalah
sebagai berikut:
1. Keadilan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar RA.
2. Keadilan Islam pada zaman Khalifah Umar RA.
3. Keadilan Islam pada zaman Khalifah Uthman RA.
4. Keadilan Islam pada zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib RA.

BAB II
PEMBAHASAN
A. Keadilan Islam Pada Masa Khalifah Abu Bakar RA

Saidina Abu Bakar al-Shiddîq RA, adalah pengganti Rasulullah SAW dalam hal
duniawi (pemerintahan) dan dalam hal ukhrawi (spiritual) yang hanya terbatas pada pemimpin agama, seperti imam solat, mufti, dan lain-lain yang bukan sebagai rasul yang mendapatkan wahyu.

Pada zaman Rasulullah SAW, hakim dijawat@dipegang oleh Rasulullah SAW sendiri. Bagi daerah yang jauh, beliau serahkan kursi hakim kepada para sahabat. Misalnya, Ali bin Abi Thalib pernah ditugaskan menjadi hakim di Yaman. Begitu juga dengan sahabat Mu’âdz bin Jabal untuk menjadi gabenor dan hakim di Yaman. Sumber hukum yang dipakai Rasulullah SAW adalah Alquran dan wahyu kerasulan. Selanjutnya, Rasulullah SAW mengizinkan para sahabat memutuskan perkara sesuai dengan ketetapan Allah, Sunnah Rasul, ijtihad@ijmak atau qiyas. Ini
dibuktikan dengan hadis Mu’âdz bin Jabal tatkala beliau diangkat menjadi gabenor dan hakim di Yaman:


أَنّ رَسُولَ الِّ صَلّى الُّي عَلَيْيهِ وَسَيلّمَ حِيينَ بَعَثَيهُ إِلَيى الْيَمَينِ فَقَيالَ كَيْيفَ
تَصْنَعُ إِنْ عَرَضَ لَكَ قَضَاءٌ قَالَ أَقْضِي بِمَا فِي كِتَابِ الِّ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ
فِي كِتَابِ الِّ قَالَ فَبِسُنّةِ رَسُولِ الِّ صَلّى الُّ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَكُيينْ
فِي سُنّةِ رَسُولِ الِّ صَلّى الُّ عَلَيْيهِ وَسَيلّمَ قَيالَ أَجْتَهِيدُ رَأْيِيي لَ آلُيو قَيالَ
فَضَرَبَ رَسُولُ الِّ صَلّى الُّ عَلَيْهِ وَسَلّمَ صَدْرِي ثُمّ قَالَ الْحَمْدُ لِِّيي الّييذِي
وَفّقَ رَسُولَ رَسُولِ الِّ صَيلّى الُّي عَلَيْيهِ وَسَيلّمَ لِمَيا يُرْضِيي رَسُيولَ الِّي
صَلّى الُّ عَلَيْهِ وَسَلّمَ

(Sesungguhnya Rasulullah SAW pada saat mengutusnya (Mu’âdz bin
Jabal) ke Yaman, Rasul berkata padanya: “Bagaimana kamu
melakukan ketika kamu hendak memutus perkara?” Mu’âdz pun
menjawab: “Aku memutus dengan apa yang terdapat di dalam kitab
Allah”. Lalu Rasul bertanya: “Kalau tidak terdapat di dalam kitab
Allah?” Mu’âdz menjawab: “Maka dengan memakai sunnah
Rasulullah SAW”. Lalu Rasul bertanya: “Seumpama tidak ada di 2
sunnah Rasulullah?” Mu’âdz menjawab: “Aku berijtihad sesuai
dengan pemikiranku bukan dengan nafsuku”. Lalu Rasulullah SAW
menepuk dada Mu’âdz, dan Rasul bersabda “Segala puji bagi Allah
yang telah dikurniakan kerasulan Rasullullah pada apa yang diridai
Allah terhadap Rasulullah”.)
Pada saat Abu Bakar RA menggantikan Rasulullah SAW, beliau tidak merubah
sistem peradilan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Ini kerana beliau
sibuk menegakkan hukum Islam dengan memerangi kemurtadan, orang-orang
muslim yang enggan membayar zakat, dan lain-lain perkara yang berhubungan
dengan politik dan hukum. Malahan, pada zaman itu peradilan dikuasai oleh khalifah sendiri, dan kadangkadang khalifah memberi kuasa kepada orang lain untuk menjadi hakim seperti yang dilakukan Rasulullah SAW. Perkara ini berlaku sampai pada awal kekhalifahan Umar bin al-Khattab. Jadi, pada zaman itu, belum ada pemisahan antara tiga jenis kekuasaan; Doktor ‘Athiyyah Mushthofâ Musyrafah menukil dari Syaikh Muhammad Bakhît al-Muthî’î di dalam kitabnya yang berjudul; Hakîkat al-`Islâmi wa `Ushûl al-
Hukm:
"... وفي خلفة أبي بكر تولى عمر بين الخطياب القضياء فكيان أول قياض فيي
السلم للخليفة"

(... dan pada kekhalifahan Abu Bakar, beliau (Abu Bakar)
mengangkat Umar bin al-Khatthâb sebagai hakim, maka adanya
Umar adalah awal-awalnya hakim di dalam Islam bagi khalifah)
Menurut Doktor ‘Athiyyah, pendapat al-Muthî’î ini tidak dapat dibenarkan. Ini
Disebabkan Umar adalah khalifah yang paling awal menentukan para hakim yang dikhususkan untuk menjadi hakim bagi pertikaian yang terjadi di antara manusia. Sedangkan Abu Bakar RA hanya mewakilkannya kepada Umar bin al-Khattab kadang-kadang untuk melihat bahan-bahan agar dicarikan inti pertikaiannya. Hanya saja, kekuasaan yudisial(kehakiman) ini tidak dimiliki Umar secara khusus, Umar juga tidak disebut hakim pada zaman Khalifah Abu Bakar RA. Umar juga tidak hanya bertugas sebagai hakim kadang-kadang, malahan Umar mendapatkan tugas menjadi imam dan lainnya.

Pada saat Umar menjawat jawatan sebagai hakim selama lebih kurang dua tahun, tidak ada seorangpun yang datang berperkara. Ini kerana sahabat yang mengerti bahwa Umar adalah orang yang sangat tegas, dan pada saat itu orang-orang masih bersifat wara’, baik, serta bertoleransi sehingga berusaha untuk menolak terjadinya pertikaian dan pendendaman.

Abu Bakar RA membagi Jazirah Arab menjadi beberapa wilayah. Beliau
melantik pada setiap wilayah tersebut seorang pemimpin (amîr) yang ada
sebelumnya. Amîr ini memimpin solat, menjadi hakim bagi perkara yang diangkat
padanya, begitu juga melaksanakan hudûd. Oleh sebab itu, Abu Bakar RA memberi setiap amîr tersebut ketiga-ketiga kekuasaan pemerintahan.
Cara Abu Bakar menghukumi sesuatu permasalahan adalah seperti apa yang
dilakukan Rasulullah SAW sebelumnya. Setiap masalah selalu dirujuk pada Alquran dulu. Apabila tidak ada barulah beliau merujuk pada sunnah Nabi Muhammad SAW, atau keputusan yang pernah diambil Rasulullah SAW. Jika sunnah tidak ada, beliau bertanya kepada sahabat lain apakah ada yang tahu sunnah yang berkaitan dengan masalah ini. Seumpama ditemukan, maka beliau mengambilnya setelah mencari kebenaran tersebut. Seumpama tidak ditemukan hukum untuk masalah ini di dalam Alquran dan sunnah, beliau berijtihad(berbincang) secara bersama-sama dengan sahabat lain
(`ijtihâd jamâ’î) kalau memang masalah tersebut berhubungan langsung atau terus dengan hukum masyarakat. Beliau akan berijtihad secara sendiri (`ijtihâd fardî) bagi masalah-masalah yang berhubungan dengan perseorangan.
Walaupun Rasulullah SAW menetapkan kebolehan melakukan ijtihad dengan
pemikiran rasional seseorang dan qiyas, Khalifah Abu Bakar RA enggan
memakainya kecuali sedikit saja. Ini kerana beliau takut terjadi kesalahan di
dalam hukum, sehingga beliau tidak menggalakkan seseorang untuk memberi fatwa kepada orang lain yang kurang arif. Beliau malah pernah berkata
ketika berfatwa dengan memakai pemikirannya dan qiyas: “Ini adalah pendapatku, apabila ia adalah benar, maka ia adalah dari Allah, apabila ia adalah salah, maka ia datang dariku. Aku memohon ampun kepada Allah”. 4

B. Keadilan Islam Pada Masa Khalifah Umar bin Khattab

Setelah wafatnya Abu Bakar RA, kekhalifahan dipegang Saidina Umar bin al-
Khattab RA. Pada saat ini, daerah Islam semakin luas. Tugas-tugas pemerintahan dalam bidang politik, sosial, dan ekonomi semakin rumit. Khalifah Umar RA juga mulai sibuk dengan peperangan yang berlaku antara negara Islam dengan Parsi dan Romawi. Dengan semua kesibukan ini, Umar tidak sempat untuk menyelesaikan semua masalah peradilan. Maka dari itu, beliau memutuskan untuk mengangkat
hakim yang berada di luar kekuasaan eksekutif. Ini adalah pertama kali pemisahan
antara kekuasaan eksekutif dan yudikatif terjadi.
Umar mengangkat Abu Dardâ’ untuk menjadi hakim di Madinah. Syuraih di
Bashrah, sedangkan Abu Musa al-Asy’ari di Kufah, Utsman Ibn Qais Ibn Abi al-‘Âsh di Mesir, sedangkan untuk Syam pula diberi hakim tersendiri. Akan tetapi menurut kitab Târîkh al-`Islâm al-Siyâsî, Abu Musa menjadi hakim di masa Umar hanya untuk Bashrah saja, sedang Pengadilan di Kufah diserahkan kepada Syuraih. Di masa Utsman barulah Abu Musa menjadi hakim di Kufah.
Dalam pemisahan yang dilakukan Umar RA adalah pemisahan yang
sesungguhnya, sehingga kekuasaan eksekutif benar-benar dapat diadili oleh
kekuasaan. Ini dibuktikan dengan sebuah riwayat bahwa; suatu ketika Umar
RA mengambil seekor kuda untuk ditawar. Maka beliau menunggangnya untuk
mencobanya. Lalu kuda tersebut rusak. Lelaki itupun bertikaian dengan Umar. Umar RA berkata: “Ambillah kudamu!”. Lelaki yang memiliki kuda pun menjawab: “Aku tidak mau menggambilnya, kuda itu sudah rusak!”. Umar pula berkata: “Kamu harus mencari orang tengah pada apa yang berlaku antara aku dan kamu”. Lelaki itu berkata: “Aku rida dengan Syuraih dari Irak”. Pada saat dibawa pada Syuraih, Syuraih berkata: “Kamu mengambilnya dalam keadaaan sehat dan selamat, maka kamulah yang menggantinya sampai kamu memulangnya dalam keadaan sehat dan selamat”. Lalu Umar berkata: “Aku sungguh kagum dengannya, maka aku pun mengutusnya menjadi hakim”. Lalu Umar berkata pada Syuraih: “Apabila telah jelas bagimu sesuatu melalui Alquran, maka jangan kamu pertanyakan lagi. Seumpama tidak jelas apa yang ada di Alquran, maka carilah sunnah. Seumpama kamu tidak menemuiya di sunnah, berijtihadlah memakai rasio kamu!”. Menurut Doktor ‘Athiyyah, peradilan pada masa Khalifah Umar RA adalah sesuatu yang mudah, luas, serta bebas dari pentadbiran yang banyak seperti yang dapat disaksikan sekarang ini. Hakim pada masa itu tidak memerlukan penulis, juga
sekretari. Pada masa itu juga tidak diperlukan untuk mengkanunkan hukum-hukum peradilan, kerana semua hukum keluar di balik hati seorang hakim. Hukum acara juga tidak diperlukan. Ini kerana peradilan masih berada pada awal-awalnya dilahirkan. Belum ada pemikiran untuk ke situ. Selain dari itu, hakim juga adalah sebagai pelaksana hukum, dalam erti mereka juga adalah sebagai penulis, bukan hanya pemutus hukum.Sumber hukum yang dipakai Umar RA adalah sama seperti Abu Bakar RA.Beliau memakai Alquran, lalu sunnah Nabi. Sempama tidak ada, beliau melihat apakah Abu Bakar RA pernah memutuskan hal serupa. Seumpama tidak ada barulah memanggil para tokoh untuk dimusyawarahkan. Kalau ada kesepakatan, barulah
diputuskan. Khalifah Umar RA juga pernah memiliki sebuah pedoman bagi hakim agung dalam menjalankan peradilan serta dasar-dasar pokok.
Seperti yang dicatat oleh Imam al-Mâwardî di dalam kitabnya yang berjudul al-Ahkâm al- Sulthâniyyah wa al-Wilâyât al-Dîniyyah:

وَقَدْ اسْتَوْفَى عُمَرُ بْنُ الْخَطّابِ رضي ال عنه فِي عَهْدِهِ إلَى أَبِي مُوسَيى الَْشْيعَرِيّ
شُرُوطَ الْقَضَاءِ وَبَيّنَ أَحْكَامَ التّقْلِيدِ فَقَالَ فِيهِ : أَمّا بَعْدُ , فَإِنّ الْقَضَاءَ فَرِيضَةٌ مُحْكَمَةٌ
وَسُنّةٌ مُتّبَعَةٌ , فَافْهَمْ إذَا أُدْلِيَ إلَيْكَ , فَإِنّهُ لَ يَنْفَيعُ تَكَلّيمٌ بِحَيقّ لَ نَفَياذَ لَيهُ , وَآسِ بَيْينَ
النّاسِ فِي وَجْهِكَ وَعَيدْلِكَ وَمَجْلِسِيكَ حَتّيى لَ يَطْمَيعَ شَيرِيفٌ فِيي حَيْفِيكَ وَلَ يَيْيأَسَ
ضَعِيفٌ مِنْ عَدْلِكَ . الْبَيّنَةُ عَلَى مَنْ ادّعَى وَالْيَمِينُ عَلَى مَنْ أَنْكَيرَ ; وَالصّيلْحُ جَيائِزٌ
بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ إلّ صُيلْحًا أَحَيلّ حَرَامًيا أَوْ حَيرّمَ حَلَلً ; وَلَ يَمْنَعُيكَ قَضَياءٌ قَضَييْتَهُ
أَمْسِ فَرَاجَعْتَ الْيَوْمَ فِيهِ عَقْلَكَ وَهُدِيتَ فِيهِ لِرُشْدِكَ أَنْ تَرْجِعَ إلَى الْحَيقّ فَيإِنّ الْحَيقّ
قَدِيمٌ , وَمُرَاجَعَةُ الْحَقّ خَيْرٌ مِنْ التّمَادِي فِي الْبَاطِيلِ ; الْفَهْيمَ الْفَهْيمَ فِيمَيا تَلَجْلَيجَ فِيي
صَدْرِكَ مِمّا لَيْسَ فِي كِتَابِ الِّ تَعَالَى وَلَ سُنّةِ نَبِيّهِ , ثُمّ اعْرِفْ الَْمْثَيالَ وَالَْشْيبَاهَ ;
وَقِسْ الُْمُورَ بِنَظَائِرِهَا , وَاجْعَلْ لِمَنْ ادّعَى حَقّيا غَائِبًيا أَوْ بَيّنَيةً أَمَيدًا يَنْتَهِيي إلَيْيهِ ,
فَمَنْ أَحْضَرَ بَيّنَةً أَخَذْتَ لَهُ بِحَقّهِ وَإِلّ اسْتَحْلَلْتَ الْقَضِيّةَ عَلَيْهِ , فَإِنّ ذَلِكَ أَنْفَيى لِلشّيكّ
وَأَجْلَى لِلْعَمَيى ; وَالْمُسْيلِمُونَ عُيدُولٌ بَعْضُيهُمْ عَلَيى بَعْيضٍ إلّ مَجْلُيودًا فِيي حَيدّ أَوْ
مُجَرّبًا عَلَيْهِ شَهَادَةُ زُورٍ أَوْ ظِنّينًيا فِيي وَلَءٍ أَوْ نَسَيبٍ , فَيإِنّ الَّي عَفَيا عَينْ الَْيْمَيانِ
6
وَدَرَأَ بِالْبَيّنَاتِ . وَإِيّاكَ وَالْقَلَقَ وَالضّجَرَ وَالتّأَفّفَ بِالْخُصُومِ فَإِنّ الْحَييقّ فِييي مَييوَاطِنِ
الْحَقّ يُعَظّمُ الُّ بِهِ الَْجْرَ وَيُحْسِنُ بِهِ الذّكْرَ , وَالسّلَمُ .

Dikerana peradilan adalah sebahagian dari hak & kekuasaan umum, maka yang memiliki kekuasaan ini (kepala negara) yang dapat menentukan hak hakim dalam wilayah tertentu, dan tidak pada lainnya. Oleh karena itu, Umar bin al-Khattab pada saat beliau menentukan seseorang untuk menjadi hakim, beliau membatasi wilayah wewenang mereka hanya pada hal-hal pertikaian perdata saja. Sedangkan permasalahan jenayah dan yang berhubungan dengannya seperti qishâsh, atau hudûd itu tetap dipegang pemimpin negara, yaitu khalifah sendiri atau penguasa daerah.

C. Keadilan Islam Pada Masa Khalifah Uthman bin Affan

Setelah Khalifah Umar bin al-Khattab RA meninggal dengan dibunuh, maka
kursi kekhalifahan dipegang oleh Saidina Utsman bin Affan RA dengan dilantik oleh rakyat. Khalifah Utsman adalah orang yang MENGKANUNKAN Alquran setelah pengumpulan yang dilakukan Abu Bakar RA atas usulan Umar RA.
Sistem pengadilan pada zaman beliau adalah sama seperti yang telah diatur
Umar RA, karena beliau tinggal meneruskan saja sistem Umar RA yang sudah tertata rapi.Salah satu perubahan penting bagi pengadilan Islam pada zaman Khalifah Utsman bin Affan RA adalah dibangunnya bangunan khusus yang digunakan untuk peradilan negara Islam. Sebelum Khalifah Utsman RA, masjid adalah tempat untuk berperkara. Utsman juga mengirim pesan-pesan kepada para pemimpin di daerah lain, petugas menarik pajak, dan masyarakat muslim secara umum untuk menegakkan kelakuan baik dan mencegah dari kemungkaran. Beliau memesan kepada petugas menarik pajak untuk menarik pajak dengan adil dan jujur. Beliau memberi nasihat khusus kepada petugas pajak dengan kata-kata berikut ini:

أميا بعيد, فيإن الي خليق الخليق بيالحق فل يقبيل إل الحيق خيذوا الحيق
وأعطوا الحق والمانة المانة قوموا عليها ول تكونوا أول ميين يسييلبها
فتكونوا شركاء من بعدكم الوفاء الوفاء ل تظلموا اليتيم ول المعاهد فإن
ال خصم لمن ظلمهم .

Dalam memberi hukum, Utsman memakai Alquran, sunnah, lalu pendapat
khalifah sebelumnya. Kalau tidak ditemukan, beliau akan bermusyawarah dengan para sahabat.

D. Keadilan Islam Pada Masa Khalifah Ali bin Abi Thalib

Setelah meninggalnya Utsman RA, Saidina Ali bin Abi Thalib RA menjawat
sebagai khalifah. Beliau tidak melakukan perubahan di dalam peradilan. Beliau juga berpegang pada Alquran, sunnah, lalu merujuk pada khalifah sebelumnya. Seumpama tidak ditemui, baru beliau bermusyawarah dengan sahabat yang lain berdasarkan pada ayat: { .{وشاورهم في المر
Sesuai dengan khalifah sebelumnya, Khalifah Ali bin Abi Thalib RA juga
membayar gaji para hakim dengan memakai wang yang ada di Bait al-Mâl.
Selain dari itu, dalam usaha Khalifah Ali RA meningkatkan kualiti keadilan
Islam, beliau memberi nasihat kepada Gabenor Mesir dalam penentuan orang-orang yang akan diangkat menjadi hakim. Di dalam pengarahan itu, ditekankan agar penguasa memilih orang-orang yang akan menjadi hakim dari orang-orang yang dipandang utama oleh penguasa sendiri, jangan dari orang-orang yang berpenghidupan sempit,
jangan dari orang-orang yang tidak mempunyai wibawa dan jangan pula dari orang-orang yang loba kepada harta dunia, di samping mempunyai ilmu yang luas, otak yang cerdas, daya kerja yang sempurna.
Khalifah Ali bin Abi Thalib telah banyak memberi hukum atau fatwa yang
dijadikan hukum oleh orang-orang setelahnya. Salah satu kemusykilan hukum yang diselesaikan Ali RA adalah apabila ada seorang isteri yang mana suaminya meninggal dunia sebelum suami tersebut menjimak isterinya. Sedangkan suami tersebut belum
menyerahkan mas kawin kepada isteri tersebut. Maka Ali RA menghukumi bahwa tidak ada hak bagi isteri tersebut mas kawin yang sepadan ( مهيير المثييل ), kerana diqiyaskan pada wanita yang tertalak. Ini berdasarkan pada firman Allah SWT:

.”لَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ طَلّقْتُمُ النّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسّوهُنّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنّ فَرِيضَةً“

BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan

Setelah membahas secara mendalam, maka kesimpulan yang didapatkan adalah sebagai berikut:
1. Pada masa kekhalifahan Abu Bakar RA, beliau tidak melakukan perubahan
sistem peradilan seperti yang telah ditinggalkan Nabi Muhammad SAW.
2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA adalah khalifah yang pertama kali memisah kekuasaan kebebasan dari eksekutif. Beliau juga membuat sebuah rang undang-undang yang dibuat pegangan bagi para hakim agung.
3. Uthman bin Affan RA tidak banyak melakukan perubahan sistem keadilan dari apa yang ditinggalkan Umar RA. Utsman adalah khalifah yang pertama kali membangun gedung khusus untuk keadilan Islam.
4. Ali bin Abi Thalib RA memberi arahan kepada pemimpin-pemimpin daerah
bagi kreteria orang yang layak untuk diangkat menjadi hakim.

Monday, March 8, 2010

RAHSIA AKU SEORANG HAMBA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kisah Cinta Rasulullah SAW.

Aku sering terbayang dan terfikirkan, bagaimanakah rasa cinta Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW.

Dan aku sering cuba berangan untuk berada di tempat ketika Rasulullah SAW melafazkan tarbiah kepada isterinya dengan kalimah-kalimah cinta nan indah, kepada anak2nya, kepada cucu2nya, kepada para sahabatnya.

Maka aku ingin coretkan sebuah kisah benar tapi diolah dan disampaikan dengan cara ku yang tersendiri, sebagaimana Saidina Jaafar Al Barzanji menyusun kisah Rasulullah SAW dengan caranya yang tersendiri, dalam bentuk puisi syair yang indah.



HIKAYAT SATU

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW berqiamullail. Dalam solat tahajudnya, Rasulullah SAW sujud agak lama kerana hatinya merintih memohon ampunan Allah. Saiyidatina Aishah merasa gusar. Mana tidaknya kerana sujud Rasulullah SAW kali ini amat luar biasa panjangnya. Jelas kelihatan kaki Rasulullah SAW bengkak2 disebabkan terlalu lama berdiri dalam menunaikan solat Tahajud. Kerana rasa kasih dan cintanya Aisyah kepada Rasulullah SAW, khuatir Rasulullah SAW telah wafat dalam sujudnya, Aisyah menggerak2kan tubuh Rasulullah SAW. Terbatallah solat Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersimpuh di hadapan Aisyah sambil tersenyum :

Rasulullah SAW : Untuk apa engkau mengganggu aku dalam munajat ku wahai Humaira ku sayang ?

Aisyah : Aku bimbang engkau telah pergi meninggalkan ku dan umat ini kembali ke rahmatullah.Maka hilanglah sumber kecintaan ku dan umat ini.

Rasulullah SAW : Sayang ku, Aku hanya ingin mendampingi Allah SWT yang amat aku cintai.

Aisyah : Ya Rasulullah SAW, bukankah engkau seorang Rasul? Bukankah engkau paling dicintai Allah ? Mengapa harus diri mu bersusah-susah menunaikan ibadah sedangkan Allah telah jamin kedudukan mu amat mulia dan tinggi di sisi-NYA berbanding makhluk2 lain ciptaan-NYA ?

Rasulullah SAW : Wahai Humaira ku sayang. Aku hanyalah seorang HAMBA. Sebagai seorang hamba, memang sewajarnya aku mengabdikan diri ku kepada ALLAH yang amat ku cintai dalam ibadah ku. Salahkah aku menzahirkan sifat ku sebagai seorang hamba ?



HIKAYAT DUA

Di suatu ketika, Siti Fatimah binti Muhammad SAW melihat ayahandanya duduk keseorangan di hadapan rumahnya. Dari jauh Si Fatimah melihat air mata ayahnya menitis dari celah kelopak mata baginda yang mulia dan mengalir halus ke pipi. Maka berjalanlah Siti Fatimah kepada ayahnya. Di dakap tubuh ayahnya sambil disandarkan kepalanya ke dada ayahnya yang amat disayangi.

Siti Fatimah : Wahai ayah ku sayang. Apakah yang menyedihkan diri mu ? Luahkanlah kepada anak mu ini agar kesedihan ayah dapat anak mu kongsi bersama.

Rasulullah SAW : Fatimah puteri ku sayang. Hati ku sayu kerana mengenangkan dosa2 yang aku telah lakukan kepada Allah dan mengharapkan keampunan Allah SWT.

Siti Fatimah : Ayah ku sayang, bukankah engkau seorang Rasul yang maksum yang terpelihara dari dosa ? Gembiralah hati mu kerana engkau lah yang menjadi rahmat kepada sekalian alam, dan tempat mu di sisi Allah amat mulia.

Rasulullah SAW : Puteri ku sayang, aku hanyalah seorang HAMBA. Sewajarnyalah seorang hamba sentiasa merasai diri berdosa. Sehari semalam tidak kurang aku memohon taubat kepada Allah sebanyak 70 kali.


HIKAYAT Tiga

Saidina Omar Al Khattab, sewaktu menjadi khalifah, dia sering berjalan malam ketika rakyatnya nyenyak tidur diulit mimpi2 yang indah. Dengan menyamarkan dirinya sebagai seorang pengemis, Saidina Omar berjalan memasuki lorong2 sunyi, kampung dan desa yang berada di dalam wilayah pentadbirannya sambil diiringi oleh seorang sahabat bernama Aslam.

Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan bahawa, pada suatu malam, ketika mereka berdua sedang meronda dari pintu ke pintu, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang di nyalakan api, apabila di tanya oleh Saidina Omar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa? Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan merebus batu-batu jalanan hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak;..masyaallah...Insaflah kita...

Tersentak jantung Saidina Omar RA. Dia yang merupakan seorang khalifah Islam pada waktu itu tidak menyangka masih ada golongan daif yang tidak terbela dalam wilayah jajahannya. Sambil beristighfar kepada Allah, Saidina Omar terus berlari ke BAITUL MAL di tengah-tengah kegelapan malam.

Di depan pintu Baitul Mal, dengan lantang dan tegas Saidina Omar bersuara : Siapakah Omar yang menjadi khalifah sedangkan ada dikalangan rakyatnya yang menderita. Omar hanyalah seorang HAMBA yang daif. Tanpa pimpinan Allah tidak mungkin Omar dapat melihat kelemahan dirinya sebagai seorang HAMBA.

Lalu dihunus pedangnya dan ditetakkan ke rantai kunci pintu Baitul Mal. Terlerai putus rantai kunci dengan sekali libasan pedang Omar Al Farouk.

Tanpa berlengah, Saidina Omar mencapai seguni gandum yang berada di simpanan Baitul Mal. Guni yang berat itu dipikulnya sendiri ditengah belakangnya dan dia bergegas kembali membawa seguni gandum kepada keluarga yang ditemuinya tadi.

Pernah Aslam menawarkan diri untuk menolong memikul guni gandum tersebut, tapi di bantah oleh Saidina Omar dengan soalan: “Adakah kau nak pikul dosa aku kat akhirat kelak?.”

Setibanya Saidina Omar kepada ibu tua dan anak-anaknya, Saidina Omar RA sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut Aslam r.a, ketika melihat Saidina Omar memasak sambil menuip bara api, “aku lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.

Saidina Omar juga yang melayan dan menyuapkan makanan kepada keseluruhan anak-anak ibu tua tersebut.

Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam.

Ketika keluarga itu selesai makan, Saidina Omar melepak berehat sebentar sambil berkata:
“Tadi aku telah lihat mereka manangis, sekarang aku berehat sebentar kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”

Begitulah hati yang dididik oleh iman. Walau berada di puncak kekuasaan, namun hatinya tetap tunduk dengan jiwa HAMBA. Hamba kepada Allah SWT.

Arwah datuk ku pernah berpesan : Kalau hamba berlagak hamba, raja akan sayang padanya. Tapi kalau raja berlagak hamba, ALLAH akan sayang padanya

Dan Firman Allah dalam Surah Al Fajr ayat 27 - 30 :

Wahai jiwa-jiwa yang tenang (27), kembalilah kepada Tuhanmu dengan rela dan diredahi (28), masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (29), masuklah ke dalam sorga-Ku (30).

Dan itulah JAWATAN PALING MULIA milik manusia di sisi Allah iaitu sebagai HAMBA.

Jawatan HAMBA ALLAH saja yang menjamin hati-hati menjadi tenang.

Allah menyeru manusia yang di KASIHI sebagai HAMBA-NYA.

Allah mempersilakan HAMBA-NYA untuk memasuki syurga -NYA

Sebagai seorang HAMBA memang sewajarnya kita merasakan diri berdosa dan bersalah. Kerana dengan rasa diri berdosa dan bersalah itulah maka kita tidak akan putus-putus memohon ampunan dan bertaubat.

Kerana dengan rasa diri berdosa dan bersalah itulah maka kita tak akan berputus asa dengan rahmat dan ampunan ALLAH.

Kerana merasa diri berdosa dan bersalah itulah yang menjadi pendorong kepada kita untuk menghindarkan kemungkaran dan mendorong kita melakukan kebajikan.

Kerana merasa diri berdosa dan bersalah itulah yang menjadi benteng dan perisai untuk kita agar tidak mengulangi kesilapan silam.

Wednesday, March 3, 2010

ISLAM TULIN DAN ISLAM BAKA(KETURUNAN)

ISLAM TULIN DAN ISLAM BAKA (ISLAM KETURUNAN)
Orang-orang yang beriman ialah mereka yang menyungguhkan dan yang
membenarkan akan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah yang membawa
manusia dari kegelapan kepada nur, dari kafir kepada Islam dan dari syirik kepada tauhid
serta barang yang dibawa dan disampaikan baginda itu adalah dari Allah. Dan mereka ini juga
mengamalkan apa jua dari sunnah baginda s.a.w. sepenuhnya pada diri , keluarga dan
masyarakat sekadar kemampuan mereka pada zahir dan batin. Inilah dia dari golongan yang
sebenarnya; dan mereka ini juga yang berhubung kembali dengan Rasulullah s.a.w. melalui
guru-guru yang muktabar salasilahnya. Firman Allah:
Maksudnya: Hanyasanya orang-orang beriman itu, ialah mereka yang percaya kepada
Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak pula ragu-ragu dan mereka
berjihad dengan harta mereka dan diri mereka pada jalan Allah, mereka
itulah orang-orang yang benar.
(Al-Hujurat:15)
Kaum Mukminin yang benar-benar beriman itu hanyalah mereka yang mempunyai ciri-ciri
berikut:
1. Percaya kepada Allah dan RasulNya.
2. Tidak terdapat di dalam hati mereka perasaan ragu-ragu dan syak wasangka, tidak
bergoncang imannya, bahkan tetap teguh di dalam satu keadaan.
3. Berjihad, iaitu berjuang pada jalan Allah dan mencari keredhaanNya, dengan
membelanjakan harta yang disayanginya dan mengorbankan nyawa yang dikasihinya.
Mereka itulah orang-orang yang tulen imannya, dan benar kalau menuturkan kata,
“Kami beriman”. Bukanlah seperti setengah sikap orang-orang Melayu hari ini yang berkata,
“Kami telah beriman” hanya di mulut sahaja, kerana mereka menjadi Islam hanyalah secara
kebetulan emak dan bapa mereka orang Islam – mungkin juga Islam keturunan. Satu
kenyataan palsu yang perlu dibuang ialah perkataan yang terbit dari orang-orang Melayu yang
jahil iaitu: “melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu”. Jika demikian apalah salahnya pula
orang Arab berkata: “Arab itu Islam dan Islam itu Arab”. Sedangkan di dunia Arab hari ini
ramai dikalangan mereka terdiri dari orang-orang Yahudi, orang Nasrani, orang Kristian
seperti di Lebanon. Dan bagaimana pula sekiranya orang Pakistan atau orang Cina yang
Muslim mengatakan perkataan yang sama. Kalau demikianlah keadaannya bukanlah Islam itu
untuk semua bangsa, tetapi hanyalah dikhususkan untuk sekian-kian bangsa sahajalah!
Demikianlah singkatnya ilmu mereka terhadap Islam. Islam bukanlah diturunkan
hanya untuk orang-orang Melayu atau orang-orang Arab sahaja, tetapi ia diturunkan kepada
sesiapa jua dari mana-mana bangsa dan keturunan yang mahu mengucap dua kalimah
syahadah, membenarkan Rasulullah s.a.w. serta barang yang dibawanya dan mengamalkan
segala Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. di dirinya zahir dan batin di bawah
bimbingan guru mursyid dan bukan dibimbing oleh akal fikirannya sendiri atau di bawah
telunjuk wali (penolong) syaitan. Timbulnya keraguan dan kejahilan di diri mereka itu adalah
disebabkan oleh sangkaan mereka bahawa mereka telahpun menjadi Islam sejak kecil lagi.
Sangkaan mereka itu adalah berdasarkan semasa kecil lagi mereka telah disuruh menghadiri
majlis-majlis pengajian Al-Quran dan fardu ain. Sebenarnya, tujuan mereka dihantar ke majlis
tersebut adalah untuk mempersiapkan diri apabila sampai umur akil baligh mereka akan
dipertanggungjawabkan dengan segala hukum Islam setelah mereka mengucap dua kalimah
syahadah iaitu menerima secara rasmi daripada guru mursyid. Inilah sangkaan mereka yang
salah, tambahan pula sangkaan mereka itu hanya berdasarkan hukum akal mereka sendiri
sahaja tanpa ada nas yang mengukuhkannya.
Inilah dia golongan yang mengaku beriman dengan Nabi s.a.w. tetapi tidak
mentashdidkan kebenaran baginda, yakni tashdid mereka semata-mata hanyalah percaya
dengan lidah terhadap Nabi s.a.w. dengan keyakinan yang datang dari dirinya sendiri atau
dengan mendengar ceramah-ceramah (bukan Mengaji) atau mendapat cerita buku secara
sambil lewa sahaja. Sekiranya ditanya kepada mereka bagaimana keadaan diri Nabi yang
menjadi utusan Allah itu dan bagaimanakah pula jalan hidup baginda sebagai seorang utusan
Allah? Mereka hanya menjawab dengan jalan yang mudah sahaja tanpa menampakkan
keyakinan terhadap Rasul itu. Tanda keimanan itu dapat dinilai dari ‘komitmen’ mereka
terhadap sunnah baginda sendiri.
Maka golongan ini, Islam mereka hanyalah Islam zahiriah semata-mata. Sungguhpun
mereka juga sembahyang, puasa, zakat dan haji serta mengamalkan suruhan Tuhan yang lain,
tetapi kerana mereka itu tidak bersungguh-sungguh membenarkan kerasulan Nabi s.a.w.,
maka mengikut qaul yang sahih daripada ulamak muhaqqiqin mereka adalah golongan yang
sesat jua kerana tidak tepat iktiqad mereka.

Monday, March 1, 2010

Mukjizat sebelum menjadi RASUL & Peristiwa-peristiwa di dalam Ghuzwah

Mukjizat sebelum menjadi RASUL
- Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.
- Ketika melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.
- Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
- Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.
- Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.
- Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”
- Dikisahkan ketika Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi ketika Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badwi. Setelah kejadian itu, Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran detail bahawa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengeluarkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad diisra’kan ke Jerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.
- Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai nampak setelah ibu dan datuknya meninggal. Dikisahkan bahawa Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa mengantuk yang teramat dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut, kerana dia dipelihara oleh Allah dari berpesta mengikut umat jahiliyyah.
- Pendeta Bahira menceritakan bahawa dia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Muhammad ketika itu berusia 12 tahun sedang beristirehat di wilayah Bushra dari perjalanannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syiria. Pendeta Bahira menceritakan bahawa kedatangan Muhammad ketika itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad dan menyaksikan adanya sebuah “cop kenabian” (tanda kenabian) di kulit lambungnya.
- Mukjizat lain adalah Muhammad pernah memendekkan perjalanan. Kisah ini terjadi ketika pulang dari Syiria. Muhammad diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah ketika perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad.
Peristiwa-peristiwa di dalam Ghuzwah
- Air keluar dari jari-jemari Rasulullah S.a.w.
Dari Tsabit r.a bahawa Rasulullah S.a.w berdoa untuk mendapatkan air. Lalu baginda datang dengan membawa sebuah bejana yang cukup besar yang di dalamnya ada sedikit air. Baginda S.a.w meletakkan jari-jari tangannya di dalam bejana itu. Ku lihat air memancar dari sela-sela jarinya. Semua orang mengambil wudhu’ dari air itu padahal aku memperkirakan mereka yang wudhu’ ada seramai tujuh puluh hingga ke lapan puluh orang. Riwayat Bukhari dan Muslim
Dan banyak lagi hadith-hadith berkenaan air keluar dari jari-jemari Rasulullah …….
- Perigi yang kering kembali berair.
Muslim meriwayatkan dari Salamah bin Al Aqwa ia berkata , “Kami yang berjumlah seribu empat ratus orang tiba di Hudaibiyyah bersama nabi S.a.w. Kami semua dan empat puluh ekor kambing yang dibawa tidak mendapatkan air. Selanjutnya nabi S.a.w berjongkok di bibir sebuah perigi (yang kering). Entah baginda berdoa atau meludah ke sana, namun yang jelas tiba-tiba memancar air yang sangat deras. Akhirnya kami dapat minum sepuas-puasnya, begitu pula dengan kambing-kambing kami”.
- Turunnya hujan dengan serta-merta selepas Rasulullah S.a.w berdoa
Abu Nu’aim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa ada sekelompok orang datang kepada Rasulullah S.a.w. Mereka memohon agar beliau berdoa kepada Allah S.w.t supaya menurunkan hujan kepada mereka. Maka beliau bersabda, “Ya Allah, siramilah kami dengan air hujan yang merata, menyenangkan, dapat menyuburkan tanah , yang melimpah, mencukupi, bermanfaat dan tidak menimbulkan bahaya, segera turun dan tidak terlambat”.
Maka hujan turun kepada mereka selama tujuh hari berturut-turut.
- Pokok sujud dan bersaksi di atas kerasulan Muhammad S.a.w – ianya diriwayatkan oleh Ad Darimy, Abu Ya’la, At Thabrani, Al Bazzar, Ibnu Hibban Al Baihaqi dan Abu Nu’aim …….
- Pokok memberi salam kepada Rasulullah S.a.w – ianya diriwayatkan oleh Ahmad, At Thabrani, Al Baihaqi …..

Wednesday, February 10, 2010

JANGANLAH TERPEDAYA DENGAN KEHIDUPAN DUNIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Jangnlah Terpedaya Dengan Kehidupan Dunia, Kerana Ia Adalah Permainan Belaka dan Pasti Akan Hancur Suatu Ketika Nanti, Ia Juga Adalah Kesenangan Yang Menipu dan Kehidupan Akhirat Adalah Sebenar-Benar Kehidupan.

Dunia adalah pinjaman semata2 akhirat jua kekal selama-lamanya.Firma Allah SWT:Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56..

Alhamdulillah..Syukur kita ke hadrat ilahi kerana masih lagi memanjangkan umur anak2 adam khasnya umat islam seluruhnya untuk menikmati keindahan alam citaan Tuhan yang bergitu cantik dengan panoramanya.Selawat dan salam serta hadiah Al-Fathihah buat para2 pembesar Allah,Malaikat2,yang berada diatas sana.terutamnya, para penjaga Arasy,kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW,sahabat2 baginda,aulia2,syuhadak,furqhuha,tabie..tabien,ulamak2 ,sultan aulia syaiidi Sheik Muyhiddin Abdul Qadir Al-Jalani,Ketua para2 wali,Tuan Guru2 Sheik Ahmad Kenali Kelantani,Sheik Omar Zuhdi,Sheik Mahmud Nasri Othmani,
Guru Serta Penasihat 'Berijazah Pusat' Tuan Guru Ustaz Hj.Ahmad Bin Che Din, dan sembah dan salam buat semua Badal2 Negeri2 di Malaysia dan semua kaum muslimin wal muslimat...
Bersama ini disertakan satu halaqah taqlim buat kawan2 semua sekadar mentalbiahkan buat diri kita semua.Sambutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.Zaman Metropolitan,Banyak Mengejar Harta Benda Dari Mengejar Waktu Untuk Bersama2 Menyukuri Nikmat Allah.Kelebihan Ilmu Diploma,Ijazah,Master,Phd, yang ada pada diri kita banyak yang menyesatkan.syahadah..Boleh kah kita sehari beribadat kepada ALLAH 8jam berjadual dibandingkan kita boleh bekerja sehingga 12jam berjadual sehari dengan majikan yang berpangkat Manusia Biase 'Seorang Hamba kepada Allah' khasnya: Marilah kita Kupaskan..Pandanglah dengan mata hati kita bukan dengan mata hitam kita....

Menurut Al-Qaradhawi, 2 tugas penting yang menjadi teras 2 pokok persoalan yang kita telah bincangkan 2 & 3 bulan yang lalu..yakni:
1. Menyeru kepada kema'rufan dan mencegah daripada kemunkaran.
2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T.. Mengikut ulamak2 muktabar lagi qrooojeh..dalam kita 'Hidayatul Salikin.. 5 perkara wajib yang mesti ada iaitu:
1-AQIDAH,2-SYARIAT,3-IKHLAK/EHSAN,4-PENGORBANAN DIRI DAN 5-PENGORBANAN HARTA BENDA.

++PERSOALAN PERTAMA++
Dari mana kita datang? & HENDAK KE MANA PULA++KENAPA ALLAH MENJADIKAN & KEINGINANNYA++
Jawapannya kita dapati dari Firman Allah S.W.T.:
"Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak kemudian sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada orang yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak dapat mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui."
- Surah al-Hajj: ayat 5.

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ



Allah berfirman:"Ketahuil ah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"(Al-Hadiid 57:20)

Allah berfirman dengan menetapkan hina dan rendahnya kehidupan dunia,"sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak", Yakni kesimpulan dari perkara dunia bagi penduduknya hanya lah spt ayat td.

Sebagaimana firman Allah swt,


زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآَبِ


Allah berfirman:"Dijadika n indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)" (Ali Imran 3:14)

Selanjutnya Allah swt menggambarkan perumpamaan kehidupan dunia bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah keindahan yang fana dan kenikmatan yang pasti lenyap.Kerana itu Allah swt berfirman,"Seperti hujan", iaitu,hujan yang datang setelah manusia merasa putus asa terhadap kehadirannya, sebagaimana Allah berfirman, "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa" (Asy Syuura 42:28)

Firman Allah swt "yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani" iaitu tumbuhnya tanaman oleh hujan mengundang kekaguman para petani.Sama hal nya dengan orang-kafir yang kagum mengagumi kehidupan dunia,sesungguhnya mereka adalah orang yang paling bercita-cita terhadap dunia dan paling cenderung kepadanya.

Firman Allah swt "kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur", padahal sebelum nya tampak hijau dan segar.Demikian pula kehidupan dunia,pada mulanya kelihatan muda lalu tumbuh menjadi dewasa dan semakin tua dan akhirnya nyanyuk dan sangat tua.Demikianlah manusia,yang pada mulanya kelihatan muda,segar,padat berisi, serta pernampilan menawan.Kemudian secara beransur-ansur dia memasuki usia separuh baya.Wataknya berubah dan sebahagian dari kekuatannya hilang.Kemudian dia menjadi tua,kekuatannya lemah,sedikit gerakannya dan tidak mampu lagi mengerjakan sesuatu yang remeh sekalipun. Allah berfirman:"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa" (Ar-Ruum 30:54)

Perumpamaan ini menunjukkan bahawa dunia ini pasti akan lenyap,hancur dan habis.Sebaliknya, negeri akhirat itu adalah pasti dan kekal.Maka Allah swt memberikan peringatan kepada manusia agar berhati-hati dalam menghadapi dunia.Allah swt menganjurkan untuk berbuat kebaikan,yang akan membawa pahala dinegeri akhirat nanti.

Allah swt berfirman "Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya" .Akhirat itu akan datang dalam waktu yang dekat.Tidak ada pilihan lain disana kecuali dua keadaan.Jika bukan siksaan keras (kita berlindungan kepada Allah swt darinya),maka ampuan dan keredhaanNya.

Allah swt berfirman "Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu",iaitu kesenangan yang fana' lagi memperdayakan orang yang cenderung kepadanya.Orang semacam ini terpedaya dan merasa kagum terhadap dunia,hingga berkeyakinan bahawa tiada kehidupan lain,tidak pula hari kebangkitan. Padahal kehidupan dunia ini amatlah hina dan rendah bila dibandingkan dengan kehidupan akhirat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Abdullah,ia berkata, Rasulullah saw bersabda,


الجنة أقرب إلى أحدكم من شراك نعله و النار مثل ذلك


"Sesungguhnya Syurga itu lebih dekat kepada salah satu dari kalian melebihi tali sendalnya dan Neraka juga seperti itu" (HR Bukhari, Fathul Bari (XI/328))

Hadis tersebut menunjukkan bahawa kebaikan dan keburukan itu dekat dgn manusia,Kerana itu lah Allah swt menganjurkan manusia untuk bersegara menunaikan kebaikan,mengerjaka n ibadah dan ketaatan,serta meninggalkan semua yang diharamkan sehingga diharapkan bisa menutup semua kesalahan dan dosa,disamping akan mendapat ganjaran dan derajat (yang tinggi)

Berikut adalah hadis-hadis sahih dimana Nabi saw bersabda berkenaan hina nya dan rendahnya kedudukan dunia jika dibandingkan dengan kedudukan akhirat.

Hadis 1


وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال جلس رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر وجلسنا حوله فقال إن مما أخاف عليكم ما يفتح الله عليكم من زهرة الدنيا وزينتها


Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra,dia berkata,"Rasulullah saw pernah duduk diatas mimbar dan kami duduk (melingkar) disekitar beliau,lalu beliau bersabda,"Sesungguh nya diantara yang aku khawatirkan atas sepeninggalanku adlah apa yang akan dibukakan untukmu dari gemerlapan dunia dan perhiasannya" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis 2


وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إن الدنيا حلوة خضرة وإن الله تعالى مستخلفكم فيها فينظر كيف تعملون اتقوا الدنيا واتقوا النساء


Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra,dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,"Sesungguh nya dunia ini manis dan mempersona,sedangka n Allah menugaskan kamu di dalam nya,maka Dia hendak melihat bagaimana kamu berbuat.Kerana itu takutlah terhadap (fitnah/godaan) dunia dan takutlah terhadap (fitnah) wanita" (HR Muslim)

Hadis 3


عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان يقول : اللهم لا عيش إلا عيش الآخره


Dari Anas bin Malik ra,bahawasanya Nabi saw bersabda,"Ya Allah,tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis 4


رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ما الدنيا في الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم أصبعه هذه في اليم فلينظر بم يرجع


Rasulullah saw bersabda,"Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat melainkan bagaikan salah seorang kamu memasukkan jari tangannya kedalam lautan,perhatikanla h apa yang dibawa oleh jari itu" (HR Muslim)